Matlamat kajian ini adalah bagi mengenalpasti konsep ganjaran Ekstrinsik dan Instrinsik di dalam sesuatu organisasi. Konsep ganjaran Ekstrinsik dan Instrinsik memainkan peranan penting didalam sesuatu organisasi sewajar dengan pembangun dan kemajuan dalam sesuatu organisasi tersebut. Konsep Ekstrinsik merupakan suatu konsep ganjaran yang nyata dan boleh disentuh serta memberi suatu nilai yang tinggi kepada pekerja. Manakala konsep Instrinsik pula adalah dimana suatu organisasi memberikan ganjaran dari sudut pujian ataupun kenaikan pangkat.
Seterusnya disini kami dapat mengenal pasti kepentingan
konsep ini didalam suatu organisasi, di mana konsep ini mengajar kita tentang
cara menghargai pekerja kita dengan menggungakan dua konsep yang berbeza dan
mendapat impak yang sama. Kami juga dapat membezakan kedua-dua konsep ini
berserta kebaikannya. Sebagai contoh konsep Ekstrinsik ini lebih kepada memberi
kenaikan gaji,bonus bulanan ataupun hadiah kepada pekerja, manakala konsep
Instrinsik pula lebih kepada kenaikan pangkat, pujian, sijil penghargaan
pekerja terbaik dan sebagainya.
Selain itu kami juga dapat menilai kebaikan kedua-dua
konsep ini jika suatu organisasi menjalankan dan mengamalkannya didalam
organisasi mereka. Kedua-dua konsep ini mempunyai tujuan yang sama iaitu
sebagai tanda penghargaan majikan terhadap pekerja. Dengan ini pekerja kita
akan lebih bermotivasi untuk bekerja selaras dengan melancarkan sesuatu
pekerjaan yang di amanahkan kepadanya.
Selepas itu kami juga dapat membezakan konsep ganjaran ini dari sudut
Islam dan juga daripada sudut barat. Dari sudut Islam konsep Instrinsik yang
telah dinyatakan oleh Allah kepada hambanya adalah jika mereka melakukan suatu
tanggungjawab itu dengan amanah,jujur dan penuh bertanggungjawab kita akan
diberikan ganjaran pahala. Manakala ganjaran Ekstrinsik pula sama dengan konsep
yang telah diterangkan iaitu dari segi kenaikan gaji dan sebagainya. Dari sudut
barat pula mereka tidak mementingkan segi halal dan haram selagi kerja itu
berjalan maka mereka akan lakukannya.
No comments:
Post a Comment