Hasil daripada kajian kami,
Kita dapat mengenalpasti bahawa ekstrinsik dan instrinsik memainkan peranan yang penting dalam sesuatu organisasi. Ini kerana ganjaran ekstrinsik dan instrinsik dapat meningkatkan mutu dan komitmen bagi seseorang pekerja dalam melaksanakan sesuatu tugas di samping memberikan pelancaran semasa melakukan tugasan.
Seterusnya, kami juga dapat mengetahui perbezaan ganjaran ekstrinsik dan instrinsik. Kita juga dapat membezakan antara ganjaran dari sudut islam dan barat yang mempunyai perbezaan pandangan yang sangat ketara. Selain itu, kita juga mempelajari betapa pentingnya sesebuah organisasi dalam mengamalkan ganjaran yang berasaskan kepada islam.
Di samping itu, Kita dapat memahami faktor utama yang memberikan impak kepada nilai ganjaran yang akan diberikan kepada pekerja. Dalam pada itu juga, kita dapat mengetahui elemen-elemen ganjaran yang membuktikan bahawa ganjaran bukan sahaja dalam bentuk bonus atau wang ringgit, tetapi elemen seperti persekitaran kerja yang kondusif dan hubungan dengan rakan sekerja juga boleh dikategorikan sebagai ganjaran.
Kerja merupakan kesungguhan yang dilaksanakan oleh manusia untuk mendapatkan upah atau ganjaran. Manakala, ibadah merupakan kepatuhan dan ketaatan kita kepada kekuasaan Allah yang diiringi kesanggupan menyerah diri kepadaNya. Sesungguhnya setiap perbuatan yang dilakukan oleh seorang muslim merupakan ibadah jika ia mematuhi garis panduan dikehendaki oleh hukum syarak.
Kesimpulannya, seseorang itu mestilah mendapat ganjaran berdasarkan tugasan dan tanggungjawabnya dengan ikhlas bukan hanya menyempurnakan tugasan semata-mata untuk menyelesaikan tugasan sahaja. Kerana keikhlasan dalam melakukan setiap pekerjaan pasti akan membuahkan hasil yang baik dan penuh hikmah. Segala tindakan dan kerja hendaklah berorentasikan ciri-ciri dan nilai-nilai kerja sebagai amal soleh dan bersifat selari antara dunia dan akhirat. seseorang islam tidak kira pekerja atau pengurus wajib mempraktikkan cara hidup islam berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah agar setiap perkara yang dilakukan tidak bertentang dengan syariat islam.
No comments:
Post a Comment