KAJIAN PERPUSTAKAAN

Buku Pengurusan Islam

Definisi

Ekstrinsik - ganjaran kewangan seperti kenaikan upah dan bonus
Instrinsik - ganjaran penghargaan seperti surat kepujian dan sijil pekerja yang cemerlang
Menurut Muhamad Abdul Rauf (1994) - pembayaran upah, gaji dan yang berkaitan sewajarnya dilakukan mengikut apa-apa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Kajian Lapangan oleh Ishak b. Mad Shah ke atas pembantu tadbir di Majlis Perbandaran Awam, Muar


1.Menurut Milkovich dan Newman

- Menyatakan bahawa ganjaran boleh melibatkan semua bentuk pulangan kewangan dan perkhidmatan yang boleh dilihat (tangible) dan faedah-faedah yang diterima oleh pekerja sebagai sebahagian daripada hubungan pekerja (employee relation).

2.Menurut Baird (1986)

- Ganjaran juga boleh wujud dalam bentuk perasaan puas atau seronok kerana telah berjaya melakukan semua tugasan dengan sempurna.

3.Schwab (1985)

- Membahagikan ganjaran kepada tiga jenis;
a.       Kerja sendiri
b.      Dasar sumber manusia

c.       Persekitaran sosial

Beliau menyifatkan sesuatu kerja yang dilakukan adalah merupakan faktor motivasi yang amat berkesan kerana ia akan membantu tercapainya perasaan pencapaian kejayaan yang sememangnya menjadi idaman kepada setiap individu.


Elemen-elemen Ganjaran

1.       Gaji
- Mottaz (1987) menyatakan bahawa terdapat satu hubungan yang kuat antara ganjaran kerja dengan komitmen
- Ganjaran kerja merupakan faedah Ekstrinsik dan Instrinsik yang diterima oleh seseorang pekerja dengan pekerjaan mereka
- Contoh Ganjaran kerja : gaji dan pelbagai faedah hasil interaksi bersama rakan sekerja

2.       Persekitaran kerja yang kondusif
- Robbins (1994) telah membahagikan persekitaran kerja yang sempurna kepada dua iaitu ;
a.       Persekitaran fizikal
- Terdiri daripada keadaan sekeliling seperti suhu, kadar bunyi serta kualiti cahaya
b.      Reka bentuk ruang kerja
- Merujuk kepada perspektif susunan peralatan dan ruang kerja.

3.       Hubungan Rakan Sekerja
-          Hubungan antara individu adalah merujuk kepada hubungan personal dan interpersonal dalam sesebuah organisasi.
-          Dalam organisasi, hubungan individu atau perseorangan lebih melibatkan proses komunikasi antara pihak majikan pekerja.
-          Kelebihan : akan meningkatkan tahap komitmen terhadap organisasi.

4.       Maklumbalas
-          Maklumbalas berkaitan dengan maklumat yang diterima oleh majikan yang menyatakan mengenai tahap prestasi mereka bagi memenuhi objektif organisasi.
-          Penting maklumbalas dijadikan sebagai faktor pendorong bagi prestasi pekerja.

5.       Penyeliaan
-          Hollenbeck (1986), menyatakan wujud hubungan yang kuat antara komitmen dengan elemen ini iaitu, penyeliaan yang dijalankan boleh mempengaruhi komitmen seseorang pekerja.
-          Seseorang pekerja yang berasa puas adalah kerana sokongan sosial yang bermakna darjah seseorang pekerja dikelilingi oleh individu lain yang bersimpati dan mengambil berat tentang dirinya.

6.       Kenaikan pangkat
-          Faktor kenaikan pangkat adalah merupakan faktor yang memiliki hubungan yang kuat dengan komitmen.
-          kenaikan pangkat adalah merupakan faktor ganjaran terkuat dalam memberi galakan kepada pekerja untuk bekerja.

7.       Penglibatan pekerja
-          Penglibatan pekerja dalam sebarang aktiviti pekerjaan mungkin mampu utuk meningkatkan tahap komitmen terhadap organisasi.
-          Organisasi seharusya memiliki inisiatif dalam memastikan penglibatan pekerja dalam aktiviti yang berkaitan dengan kerja mereka.


-          Contoh penglibatan aktiviti pekerjaan seperti pembuatan keputusan, kepimpinan dalam organisasi dan sebagainya.





No comments:

Post a Comment

KONSEP GANJARAN EKTRINSIK DAN INSTRINSIK

SUBJEK : PENGURUSAN ISLAM  KOD SUBJEK : DUA 2022 PENSYARAH : USTAZ KHAIRUL NAIM AHLI KUMPULAN : NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMMA...