Mengikut Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau langsung tidak menyentuh tentang isu bonus kakitangan kerajaan. Ini menunjukkan kerajaan sendiri tidak mengambil berat tentang bonus atau ganjaran.
Bagi kami, kerajaan harus mengetangahkan isu bonus. Ini kerana mengikut kepada hasil kajian kami, ganjaran sangat memberi impak kepada pestasi sesebuah organisasi dan juga boleh membawa kepada pembangunan negara. Antara punca permasalahan ganjaran ialah ekonomi syarikat yang tidak stabil. Selain itu, mereka menganggap pemberian ganjaran boleh memufliskan syarikat dan tidak mengetahui tentang kepentingan sebenar organisasi. Terdapat syarikat yang tidak memberi ganjaran kepada pekerja yang sepatutnya diberi ganjaran. Sebagai contoh, pekerja yang telah lama bekerja dan pekerja yang menunjukkan prestasi yang baik semasa bekerja.
Pembayaran upah, gaji dan sebagainya perlu dilakukan secara tepat mengikut waktu bekerja dan jumlah hari bekerja. Ganjaran sewajarnya patut diberikan kepada kakitangan yang melakukan usaha dan pencapaian luar biasa sebagai memberikan pengukuhan dan motivasi kepada yang terlibat dan menjadi contoh kepada kakitangan yang terlibat.
Seterusnya, saya telah menemu bual bapa saya sendiri sebagai pekerja swasta dibawa syarikat Malaysia Air Lines (MAS) yang telah bekerja selama lebih kurang 20 tahun. Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai pekerja MAS, tiada insentif atau bonus yang diterima semasa bekerja dan berkhidmat. Selepas beliau dibuang kerja, pampasan yang diterima tidak setimpal dengan tempoh tahun bekerja. Ini berlaku kerana kerugian yang perlu ditanggung oleh MAS akibat insiden misteri kehilangan pesawat MH370 dan nahas pesawat MH17. Sebelum ini, kita sering mendengar tentang insentif dan bonus kepada kakitangan awam tetapi tiada untuk kakitangan swasta. Ini terjadi kerana tiada pihak yang mengetengahkan isu bonus kepada kakitangan swasta. Justeru, perlu ada pihak yang mengetengahkan isu ini supaya tiada isu pengangguran kerja berpunca dari isu ini.
No comments:
Post a Comment