SUBJEK : PENGURUSAN ISLAM
KOD SUBJEK : DUA 2022
PENSYARAH : USTAZ KHAIRUL NAIM
AHLI KUMPULAN :
- MUHAMMAD ZULHILMI BIN MUHAMMAD ZAHRI (25DPM17F1032)
- ANAS SIRHAN BIN SYAM HIM (25DPM17F1031)
- AHMAD RAFI' BIN ABDUL HADI (25DPM17F1048)
- MUHAMAD NORISYRAFF BIN ISNIN (25DPM17F1006)
Penghargaan
Assalamualaikum w.b.t,
Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pengurusan islam kami iaitu
Ustaz Khairul Naim. Beliau telah banyak memberikan panduan, bimbingan dan
penerangan kepada kami dalam usaha pelaksanaan tugasan E-Folio tentang huraikan
konsep ganjaran Ekstrinsik dan Instrinsik dalam organisasi.
Saya juga bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan E-folio ini dengan jayanya selain dapat
menghantar tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Pengenalan
Islam agama yang syumul dan serba lengkap yang mencakupi
segenap aspek kehidupan, sudah tentu mempunyai falsafah, prinsip, asas dan
objektif yang tersendiri dalam menentukan apa juga perkara yang melibatkan
hubungan sesama manusia, termasuklah dalam soal pengurusan. Islam mempunyai
cara tersendiri yang dijamin mampu melahirkan keharmonian dan kesejahteraan apa
jua badan. Pertubuhan atau agensi yang melibatkan soal pengurusannya.
Sistem bagi ganjaran dan faedah merupakan tugas yang berat
bagi seorang pengurus sumber manusia. Program ganjaran dan faedah ini yang
lazimnya ditadbir oleh Jabatan Sumber Manusia dan ia merupakan bahagian yang
penting kerana kerana ianya dapat mempengaruhi sikap, keputusan dan prestasi
pekerja. Seperti yang diketahui apabila sesebuah organisasi itu berfungsi, ia
telah menggariskan misi dan objektif organisasinya.
Dalam sesebuah organisasi Islam, aspek ini
merupakan suatu perkara penting dalam segala urusan yang berlaku antara majikan
(ketua) dengan orang bawahan Allah menjanjikan balasan yang baik terhadap orang
yang melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firman-Nya:
“Sesiapa yang beramal soleh, lelaki atau perempuan, sedang ia beriman,
maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan
sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih
dari apa yang telah mereka kerjakan”
(Surah al-Nahl 16:97)
|
Oleh itu organisasi perlu menyediakan dan mengekalkan
pekerjanya yang bukan sahaja berkelayakan tetapi juga bermotivasi untuk
mencapai misi dan objektif yang telah ditetapkan oleh syarikat. Bagi mencapai
hasrat ini, sesebuah organisasi perlu menyediakan ganjaran dan faedah yang
sewajarnya agar setimpal dengan sumbangan yang diberikan oleh pekerjanya. Pada
hari ini, pemberian gaji dan faedah telah menjadi perkara biasa sebagai
ganjaran kepada pekerja.
No comments:
Post a Comment