1.
Gaji
- Mottaz (1987) menyatakan bahawa terdapat
satu hubungan yang kuat antara ganjaran kerja dengan komitmen
- Ganjaran kerja merupakan faedah Ekstrinsik
dan Instrinsik yang diterima oleh seseorang pekerja dengan pekerjaan mereka
- Contoh Ganjaran kerja : gaji dan pelbagai
faedah hasil interaksi bersama rakan sekerja
2.
Persekitaran kerja yang
kondusif
- Robbins (1994) telah membahagikan
persekitaran kerja yang sempurna kepada dua iaitu ;
a.
Persekitaran fizikal
- Terdiri daripada keadaan sekeliling seperti suhu, kadar bunyi serta
kualiti cahaya
b.
Reka bentuk ruang kerja
- Merujuk
kepada perspektif susunan peralatan dan ruang kerja.
3.
Hubungan Rakan Sekerja
-
Hubungan antara individu
adalah merujuk kepada hubungan personal dan interpersonal dalam sesebuah
organisasi.
-
Dalam organisasi, hubungan
individu atau perseorangan lebih melibatkan proses komunikasi antara pihak
majikan pekerja.
-
Kelebihan : akan
meningkatkan tahap komitmen terhadap organisasi.
4.
Maklumbalas
-
Maklumbalas berkaitan
dengan maklumat yang diterima oleh majikan yang menyatakan mengenai tahap
prestasi mereka bagi memenuhi objektif organisasi.
-
Penting maklumbalas
dijadikan sebagai faktor pendorong bagi prestasi pekerja.
5.
Penyeliaan
-
Hollenbeck (1986),
menyatakan wujud hubungan yang kuat antara komitmen dengan elemen ini iaitu,
penyeliaan yang dijalankan boleh mempengaruhi komitmen seseorang pekerja.
-
Seseorang pekerja yang
berasa puas adalah kerana sokongan sosial yang bermakna darjah seseorang
pekerja dikelilingi oleh individu lain yang bersimpati dan mengambil berat
tentang dirinya.
6.
Kenaikan pangkat
-
Faktor kenaikan pangkat
adalah merupakan faktor yang memiliki hubungan yang kuat dengan komitmen.
-
kenaikan pangkat adalah
merupakan faktor ganjaran terkuat dalam memberi galakan kepada pekerja untuk
bekerja.
7.
Penglibatan pekerja
-
Penglibatan pekerja dalam
sebarang aktiviti pekerjaan mungkin mampu utuk meningkatkan tahap komitmen
terhadap organisasi.
-
Organisasi seharusya
memiliki inisiatif dalam memastikan penglibatan pekerja dalam aktiviti yang
berkaitan dengan kerja mereka.
-
Contoh penglibatan aktiviti
pekerjaan seperti pembuatan keputusan, kepimpinan dalam organisasi dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment