Tuesday, 6 March 2018

KONSEP GANJARAN EKTRINSIK DAN INSTRINSIK


SUBJEK : PENGURUSAN ISLAM 
KOD SUBJEK : DUA 2022
PENSYARAH : USTAZ KHAIRUL NAIM
AHLI KUMPULAN :


NAMA AHLI KUMPULAN:

  1. MUHAMMAD ZULHILMI BIN MUHAMMAD ZAHRI (25DPM17F1032)
  2. ANAS SIRHAN BIN SYAM HIM (25DPM17F1031)
  3. AHMAD RAFI' BIN ABDUL HADI (25DPM17F1048)
  4. MUHAMAD NORISYRAFF BIN ISNIN (25DPM17F1006)

Penghargaan

Assalamualaikum w.b.t,

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pengurusan islam kami iaitu Ustaz Khairul Naim. Beliau telah banyak memberikan panduan, bimbingan dan penerangan kepada kami dalam usaha pelaksanaan tugasan E-Folio tentang huraikan konsep ganjaran Ekstrinsik dan Instrinsik dalam organisasi.

Saya juga bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan E-folio ini dengan jayanya selain dapat menghantar tugasan ini dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

Pengenalan

Islam agama yang syumul dan serba lengkap yang mencakupi segenap aspek kehidupan, sudah tentu mempunyai falsafah, prinsip, asas dan objektif yang tersendiri dalam menentukan apa juga perkara yang melibatkan hubungan sesama manusia, termasuklah dalam soal pengurusan. Islam mempunyai cara tersendiri yang dijamin mampu melahirkan keharmonian dan kesejahteraan apa jua badan. Pertubuhan atau agensi yang melibatkan soal pengurusannya.

Sistem bagi ganjaran dan faedah merupakan tugas yang berat bagi seorang pengurus sumber manusia. Program ganjaran dan faedah ini yang lazimnya ditadbir oleh Jabatan Sumber Manusia dan ia merupakan bahagian yang penting kerana kerana ianya dapat mempengaruhi sikap, keputusan dan prestasi pekerja. Seperti yang diketahui apabila sesebuah organisasi itu berfungsi, ia telah menggariskan misi dan objektif organisasinya.
Dalam sesebuah organisasi Islam, aspek ini merupakan suatu perkara penting dalam segala urusan yang berlaku antara majikan (ketua) dengan orang bawahan Allah menjanjikan balasan yang baik terhadap orang yang melakukan sesuatu tindakan yang baik sebagaimana firman-Nya:




Maksudnya;
“Sesiapa yang beramal soleh, lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang telah mereka kerjakan”
(Surah al-Nahl 16:97)







Oleh itu organisasi perlu menyediakan dan mengekalkan pekerjanya yang bukan sahaja berkelayakan tetapi juga bermotivasi untuk mencapai misi dan objektif yang telah ditetapkan oleh syarikat. Bagi mencapai hasrat ini, sesebuah organisasi perlu menyediakan ganjaran dan faedah yang sewajarnya agar setimpal dengan sumbangan yang diberikan oleh pekerjanya. Pada hari ini, pemberian gaji dan faedah telah menjadi perkara biasa sebagai ganjaran kepada pekerja.

KONSEP GANJARAN EKTRINSIK DAN INSTRINSIK

SUBJEK : PENGURUSAN ISLAM  KOD SUBJEK : DUA 2022 PENSYARAH : USTAZ KHAIRUL NAIM AHLI KUMPULAN : NAMA AHLI KUMPULAN: MUHAMMA...